ISTIGHFAR
Apabila Nabi Adam dicampakkan ke bumi
kerana dosa yang telah dilakukannya, baginda telah bertaubat dan
beristighfar selama beratus-ratus tahun hinggalah baginda dipertemukan
dengan Hawa di padang Arafah.
Padang Arafah, tempat pertemuan umat Islam di seluruh dunia sebagai memperingati pertemuan Adam dan Hawa.
Di antara sebab terpenting diturunkanNya rezeki ialah istighfar (memohon keampunan dari Allah) dan taubat kepada Allah. Oleh kerana pentingnya, beristightar dan bertaubat, maka ia hendaklah menjadi amalan harian kita. Ia juga merupakan amalan yang boleh meningkatkan semula rezeki kita setelah kita melakukan banyak kesalahan atau dosa.
Memperbanyak istighfar, memohon keampunan
kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi
rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa
tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari
tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di
sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Kelebihan Beistighfar:Beristighfar ialah mengucapkan perkataan Astaghfirullah hal Azim. (Aku mohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung) diikuti dengan meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan. Dari segi perbuatan, ialah meninggalkan kesalahan yang telah kita lakukan. Allah akan mengampunkan kesalahan kita sebagaimana firman Allah bermaksud, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” (Nuh: 10)
Dalam Al-Quran, terdapat nas yang menunjukkan bahawa dengan istighfar dan bertaubat kepada Allah, termasuk diantara sebab-sebab diturunkan rezeki dan dikurniakan rahmat Allah.
Dalam Al-Quran terdapat petikan kata-kata Nabi Nuh kepada kaumnya: “Maka aku katakan kepada mereka. ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Nuh: 10-12)
Maka selalulah beristighfar dan bertaubat kerana ini merupakan antara sebab murahnya rezeki kita, berkatnya harta kita dan makbulnya doa doa kita kerana kita telah meminta ampun dari Allah dan InsyaAllah, Allah yang sifatnya Maha Pemurah akan mengurniakan permintaan dan memakbulkan doa kita kita. Janganlah jemu-jemu beristighfar. Ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah beristighfar sebanyak sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
Maksudnya: “Bersabda Nabi s.a.w. : “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Aisyah berkata,
“Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada
setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan
istighfar akan mendapat keuntungan kerana besarnya kelebihan yang
terdapat dalam lafaz istighfar. Keuntungan ini merupakan rahmat Allah
Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan
mereka kepadaNya.Al-Aghar al-Muzani Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan: Maksudnya: “Bersabda Nabi s.a.w. : “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Allah berfirman,
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai
orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222).
Rasulullah bersabda,
“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas
dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda,
“Allah telah berkata,’Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa
kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, niscaya
kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya
kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan
Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi).
Imam Qatadah berkata,
“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit
kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab
Ihya’Ulumiddin: 1/410).
Hudzaifah pernah
berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai
Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan ku masuk neraka’.
Rasulullah bersabda,’Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya,
aku sentiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam
sehari semalam’.” (HR.Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
“Dan (juga)
orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri
sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa
mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang
didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan
itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali’Imran:
135-136).
Sesungguhnya syaitan
telah berkata, “Demi kemulian-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan
menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih
hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku,
Aku sentiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan
(beristighfar) kepada-Ku.” (HR.Ahmad dan al-Hakim).
Ali bin Abi Thalib
pernah didatangi oleh seseorang, “Saya telah melakukan
dosa’.’Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali.
Orang itu menjawab,’ Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa
lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu
ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’ Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai
syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
Allah berfirman, “Dan
Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di
antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang
mereka meminta ampun.” (Al-Anfal: 33).
Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan
kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap
kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada
disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda,
“Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda
hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan
beristighfar, maka bersihlah hatinya.” (HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di surga. Hamba
itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah
berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.” (HR.Ahmad dengan sanad hasan).
Rasulullah bersabda,
“Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah
adalah yang segera bertaubat.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
Allah berfirman, “Dan
Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang
berdo’a: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah
segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu)
orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan
hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu
sahur.” (Ali’Imran: 15-17).
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat: 11).
Ibnu Shabih berkata,
“Hasan al-Basri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahawa lamannya
tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang
mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’.
Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahawa ia belum punya anak, ia
berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98).
Allah berfirman, “Dan
(dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertobatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras
atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan
janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Hud: 52).
Allah berfirman, “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(An-Nur: 31).
Allah berfirman,
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh;
maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah
sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian
permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik
itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah
peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Hud: 114).
Rasulullah bersabda,
“Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia
menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan
membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang
tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia
mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahwa tiada
Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang
Mukmin.”(HR.Ahmad).
Seorang ulama berkata,
“Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama
Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina.
Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila
muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila
disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat
dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).

No comments:
Post a Comment